Business Idea Competition

 

IDEA PERNIAGAAN

G.O.SOFTECH SDN. BHD.

Nama Ahli :
MOHD ZAHARI BIN ZAINAL ABIDIN
SITI RUHAIDAH BINTI HAILANI
HELMY NUR BIN FARID
ABDUL RAHMAN SATTAR BIN SALLEH
MOHD RIZAM BIN SARMAN

Alamat :
Kompleks Usahawan Teknologi MARA
UTM Technovation Park
81310 Skudai
Johor Darul Ta’zim

Nombor Telefon   :   07-5532585
Nombor Fax   :   07-5566164
E-maiL   :   gosoftech6@gmail.com





KANDUNGAN

Seksyen 1.0  RINGKASAN EKSEKUTIF ……………………………………........1

Seksyen 2.0  PENERANGAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK…………........2 - 3

Seksyen 3.0  PENERANGAN TEKNOLOGI………….……………………...........3 - 4

Seksyen 4.0  PASARAN DAN PESAING………………………….........................6

Seksyen 5.0  MODEL PERNIAGAAN………….……………………………..........6 -8



SEKSYEN 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Dalam sistem keselamatan pihak pelanggan akan mengunakan pelbagai peralatan seperti CCTV, Door Access dan RFID. Sistem-sitem ini memerlukan sebuat pusat data yng mempunyai pelbagai komputer pelayan (Server) dan pelbagai peralatan sokongan bagi sistem keselamatan ini berfungsi. Jika pelanggan mempunyai lebih lokasi seperti bank, maka setiap bank akan mempunyai sekurang-kurang satu unit server bagi sistem keselamatannya. Ini akan meningkatkan kos peralatan, kos buruh dan kos penyelenggaraan. Ia juga akan meningkatkan kos pengurusan yang mana mempunyai banyak pusat data atau bilik server bagi menyokong sistem keselamatan mereka.
 
Disini gosoftech mengambil peluang untuk memperkenalkan satu penyelesaian menggunakan teknologi semasa yang tidak digunakan diMalaysia tetapi digunakan di negara-negara maju seperti Taiwan, Australia dan Singapura. Sistem keselamatan bersepadu yang menggunakan infrastruktur berpusat yang mana sistem keselamatan dan infrastruktur dibina dibawah satu lokasi. Ia menjimatkan kos peralatan, kos buruh dan kos penyelenggaraan. Pihak kami menyediakan satu Pusat Data berintergrasi yang mana pihak pelanggan hanya membayar ruang pusat data. Ini menjimatkan kos selenggara, kos mengajikan pekerja yang melihat sistem keselamatan dan kos penyelenggaraan pelayan.
 
Teknologi yang pihak kami gunakan dipanggil Perkomputeran Mega atau “Cloud Computing”. Perkomputeran Mega adalah satu teknologi hijau yang menguruskan semua server atau pelayan dalam satu lokasi dan menggunakan teknologi server maya atau virtual server. Disini kita sudah menjimatkan kos dalam perolehan peralatan. Selain itu CCTV juga menggunakan teknologi hijau yang mana semua CCTV yang dibekalkan menggunakan sistem Solar atau “Solar electricak bank “.ini menjimatkan penggunaan elektrik dan menggunakan cahaya matahari sebagai penjana elektrik. Teknologi internet menggunakan Ipv6 yang mana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan rangkaian yang amat baik. Kebarangkalian untuk digodam amatlah tipis. 
  
Bagi pelanggan yang menggunakan sistem keselamatan bersepadu ini, ia akan menjimatkan kos infrastruktur bagi penyediaan Pusat Data, Kos Buruh bagi mencari dan mengajikan pekerja bagi setiap cawangan untuk melihat dan menjaga sistem keselamatan dan kos penyelenggaraan sistem yang dikurangkan kerana infrastruktur berada di satu lokasi secara Perkomputeran Mega. Inovasi ini membolehkan kmos operasi bagi sistem keselamatan dikurangkan sehingga 60 peratus. Selain itu gosoftech juga mendapat kerjasama dari MyCert bagi memantau aktiviti yang kurang baik dalam rangkaian di Malaysia, MyNic juga menjadi salah satu rakan teknologi kami bagi memeriksa domain-domain yang digunakan di Malaysia. Dengan adanya kerjasama teknologi ini, pihak kami yakin dalam menguruskan sistem keselamatan bersepadu.
 
Sasaran utama pasaran kami merujuk kepada institusi perbankkan. Ini kerana bank adlah satu organisasi yang mempunyai banyak peralatan sistem mereka. Selain itu kerajaan tempatan juga menjadi sasaran kami.ini kerana pihak kerajaan tempatan mempunyai pelbagai CCTV bagi tujuan memantau kawasan mereka seperti trafik lalu lintas, sistem parking dan sebagainya. Sasaran ini dibuat mengikut keutamaan sektor yang memerlukan sistem keselamatan bersepadu.
 
Dalam mempromosikan sistem ini. Pihak kami mempunyai 4 pendekatan. Pertama simulasi dengan pengguna. Pihak kami akan membuat P.O.C atau Proff of Concept bagi menunjukkan kepada pengguna yang sistem ini dilaksanakan. Kedua, pihak kami menajurkan kursus dan seminar seperti “technology update seminar for centralize intergration security system using cloud computing”. Ketiga, mengunakan website sebagai pengenalan dan rujukkan pengguna dan keempat membuat percubaan penngunaan dan pengujian. Ini kerana sasaran target kami kebanyakannya mempunyai applikasi CCTV dan internet. Jadi pihak kami akan membuat “migration” sistem mereka ke persekitaran perkomputeran mega.
    
Sistem ini mempunyai nilai yang tinggi di Malaysia. Dan mempunyai nilai tambah yang baik digunakan oleh semua syarikat perbankkan di Malaysia.
   

 
SEKSYEN 2.0 PENERANGAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

Sistem keselamatan bersepadu ( CSS ) adalah satu penyelesaian bagi mengabungkan semua peralatan keselamatan  dibawah satu pusat kawalan. Dengan menggunakan konsep perkomputeran mega, semua perkakasan dan sistem aplikasi diletakkan dibawah satu pusat data.
Perkakasan keselamatan yang digunakan menepati ciri-ciri teknologi hijau seperti mengunakan sumber tenaga altenatif iaitu tenaga solar, bahan plastik mudah terurai dan komposit bahan kitar semula.


 


 
RAJAH 1 : Perkomputeran Mega ( Cloud Computing )






 

RAJAH 2 : Sistem keselamatan bersepadu dengan perkomputeran mega



Gambar 1 : CCTV tanpa wayar dengan panel solar



SEKSYEN 3.0 PENERANGAN TEKNOLOGI

Perkomputeran Mega
Perkhidmatan pengkomputeran mega telah menjadi satu model perniagaan ICT yang amat baik bagi pengguna. Kelebihan menggunakan perkomputeran mega adalah seperti berikut :-
1    Mengurangkan kos operasi
a.  Semua peralatan utama seperti pelayan applikasi dan pelayan pengkalan data didalam perkomputeran mega
b.   Kos penempatan pelayan kurang, kos penyelenggaraan dikurangkan
c.   Boleh diguna pakai bagi semua applikasi
d.   Sistem yang berkeboleharapan yang tinggi

2.      Setanding atau Mengurangkan Kos Berterusan
a.   Penjimatan dalam mengendalikan servis dan penyelenggaraan

3.      Mengurangkan kos pembinaan infrastruktur
a.   Pusat data utama sahaja yang besar
b.   Bilik server di semua cawangan boleh dikecilkan
c.   Keperluan ruang yang kecil bagi setiap cawangan


Peralatan berasaskan teknologi hijau
Semua perkakasan seperti CCTV dan RFID menggunakan teknologi hijau. Ia menjimatkan kos dari penggunaan elektrik. Ini kerana alat-alat tersebut menggunakan sumber tenaga altenatif iaitu tenaga suria atau solar.


Peralatan yang tahan lama
Semua perkakasan diperbuat dari bahan komposit dan barang-barang yang dikitar semula. Ini bagi memerlihara alam sekitar.


Teknologi Wireless Termaju 
Menggunakan sistem internet termaju iaitu penggunaan IPv6. IPv6 adalah satu teknologi dalam rangkaian yang mempunyai ciri-ciri keselamatan rangkaian yang amat baik.



SEKSYEN 4.0 PASARAN DAN PESAING 

Secara umumnya CSS boleh dipasarkan ke seluruh dunia. Tetapi secara khasnya, CSS ini disasarkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai peruntukkan kewangan yang berskala kecil dan sederhana.
Mengapa ?
            Bagi sistem CCTV dan keselamatan yang lain kos bagi menyediakan infrastruktur
Amatlah tinggi.
Pihak pelanggan perlu menyediakan infrastruktur bagi pelayan dan pengkalan data
bagi sistem CCTV, RFID, Door Access mahu pun sistem tempat kereta elektronik.

Perbezaan dengan CSS ini, pihak pelanggan hanya membina sekali sahaja infrastruktur bagi menyediaan Pusat Data dan Kawalan. Bagi setiap kawasan atau cawangan perniagaan hanya memasang infrastruktur bagi CCTV, RFID atau Door Access sahaja dan dirangkaikan ke internet. Secara umumnya CSS mendokong aplikasi perkakasan pertama dalam menggunkan konsep perkomputeran mega.



SEKSYEN 5.0 MODEL PERNIAGAAN

5.1 Senario sistem keselamatan di Malaysia
           
Industri utama yang mementikkan sistem keselamatan adalah industri perbankkan. Setiap tahun bank-bank di Malaysia perlu memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan untuk memastikan perniagaan dan perkhidmatan mereka tidak tergangu dari anasir jenayah. Dalam penyediaan sistem keselamatan ini, terdapat beberapa kos perlu diambil kira oleh institusi perbankkan.Ia banyak meliputi kepada 3 kos iaitu
1.      Kos Infrastruktur sistem keselamatan
2.      Kos Buruh bagi menjaga dan mengawal sistem keselamatan
3.      Kos Penyelenggaraan sistem keselamatan



5.2  Pengenalan Idea Sistem Keselamatan Bersepadu

Dengan kos-kos tersebut, ia menjadi satu entiti kuat bagi memasarkan sistem keselamatan bersepadu yang mengunakan pendekatan perkomputeran mega atau “cloud computing”. Selain itu dengan menggunakan pendekatan ini, banyak institusi perbankkan boleh berkongsi infrastuktur untuk menjimatkan kos seperti yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy ). Strategi ini amat penting dalam mengembangkan pasaran niaga pada masa kini.

Dengan adanya sistem ini, banyak kos-kos boleh dikurangkan dan boleh meningkatkan keuntungan institusi perbankkan seperti :-

1. Menjimatkan kos buruh dalam memantau sistem keselamatan dari setiap bank ke sebuah pusat data dan kawalan sahaja

2. Menjimatkan kos pembinaan infrastruktur. Ini kerana semua pelayan diletakkan pada satu tempat yang sama, hanya CCTV dan peralatan pemantauan sahaja yang berana di bank-bank.

3. Menjimatkan kos penyelenggaraan. Faktor ini selalu diambil kira dalam merancang perbelanjaan. Ini kerana jika kos penyelenggaraan lebih 2 kali ganda daripada produk, maka barang tersebut sudah tidak efektif dan efisyen digunakan lagi.

4. Pengkongsian sumber, pihak yang membina sistem ini boleh berkongsi atau bekerjasama dalam penyediaan sistem keselamatan perbankkan yang lebih baik. Disini bakal pelanggan akan berkongsi sumber dan infrastruktur dengan pihak syarikat untuk menjaga sistem keselamatn mereka.


5.3 Sasaran pasaran

1.      1. Institusi Perbankkan
2.      2. Universiti
3.      3. Bangunan korporat

Selain itu, pengguna CCTV amat meluas di Malaysia mahupun di luar negara. Disini sasaran utama adalah pengguna yang menggunakan sistem keselamatan seperti :
1.      1. CCTV
2.      2. Sistem tempat kereta elektronik
3.      3. Door Access
4.      4. Kamera pengawasan trafik

Disini sistem ini amat sesuai dipasarkan ke industri perbankan dan industri keselamatan. Kedua-dua industri ini memerlukan banyak pemantauan dalam proses perniagaan mereka. Selain mengeluarkan kos yang tinggi dalam melabur bagi menjaga keselamatan perniagan mereka.



5.4 Jangkaan pulangan dan keuntungan

Sasaran pulangan keuntungan terbahagi kepada 2 pihak
1.      1. Pihak penyedia perkhidmatan sistem keselamatan bersepadu
a.       Menerima pembayaran dari penyediaan sistem keselamatan bersepadu
b.      Penyewaan ruang dalam persekitaran perkomputeran mega
c.       Penjualan peralatan berteknologi tinggi dengan kos yang efektif

2.      2. Sasaran pelanggan
a.       Penjimatan kos infrastruktur
b.      Penjimatan kos buruh
c.       Penjimatan kos penyelenggaraan sistem



5.5 Pengembangan pasaran
Dalam mengembangkan dan meningkatkan penjualan sistem ini, terdapat 2 strategi yang harus diikuti sebagai panduan.
1.      1. Strategi penjualan
a.       Kemahiran yang tinggi dalam pengetahuan perkomputeran mega atau berskala besar, staf syarikat yang berpengetahuan dalam sistem keselamatan dan senibina sistem
b.      Kerjasama secara MOU dengan bank negara dalam memantau keselamatan bank-bank di Malaysia
c.       Kerjasama dengan My Cert yang menjaga keselamatan rangkaian komputer di Malaysia untuk mendapatkan amaran awal dalam pencerobohan sistem.
d.      Membuat perbandingan dan penyelidikkan dalam peralatan pemantauan keselamatan untuk menambahbaik sistem sedia ada
2.      2. Strategi pemasaran
a.       Sistem memenuhi keperluan pelanggan. Mengurangkan kos dan meningkatkan kadar keuntungan.
b.      Membuat kajian bersama dengan pelanggan dalam mendapatkan data dan keperluan sistem.
c.       Membuat demo di bank-bank Malaysia bagi memperkenalkan teknologi yang dibangunkan berasaskan perkomputeraan mega.



5.6 Pesaing dalam perniagaan
Bagi sistem ini adalah sistem baru di malaysia. Ini kerana kebanyakkan sistem keselamatan hanya tertumpu kepada penjualan produk CCTV, Door Access dan sebagainya.


 
Powered by Blogger