Kaedah aktiviti yang dijalankan
- Setiap kumpulan perlu membawa barang-barang seperti di bawah
- Dua barang atau objek contohnya penyangkut baju, barang mainan, bola dan lain-lain
- Empat helai kertas bersaiz A4 pelbagai warna
- Sebotol gam
- Gunting
- Setiap kumpulan perlu mencipta sebuah produk yang bercirikan Blue Ocean berdasarkan barang-barang yang dibawa oleh kumpulan masing-masing.
Produk Blue Ocean G.O.Softech
Kumpulan kami telah merekabentuk sebuah produk yang dipanggil X-Forest (bahan-bahannya adalah terdiri daripada gayung, penyedut air, kertas A4, pelekat, dedaun, tali) yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu sebagai penapis air, lampu suluh dan pembesar suara. Produk ini amat sesuai digunakan untuk aktiviti hutan dan sasaran pengguna adalah ahli perkemahan, tentera darat, dan penggunaan aktiviti di hutan. Contoh produk adalah seperti di bawah
Refleksi
- Aktiviti ini telah berjaya memupuk kumpulan kami dalam penghasilan sesebuah produk berdasarkan ciri-ciri Blue Ocean yang berkait rapat dengan kreatif dan inovatif produk. Amat sukar pada mulanya untuk menghasilkan produk yang berdasarkan objek-objek yang dibawah oleh ahli kumpulan. Akan tetapi dengan kerjasama semua ahli, akhirnya kami berjaya mencipta produk Blue Ocean.